Pages

Friday 30 September 2011

Lim Guan Eng - Kasik Sumpah 7 keturunan tak boleh Jejak Johor.

Assalammualaikum..


Pantun 4 kerat:

Kutooobamboo berasal dari Johor
Kota yang mashur lagi tersohor
Kenapa Lim Guan Eng hina Johor
Sumpah laknat pada beliau supaya tak  boleh menjejaki kaki di Johor.


ewaaah... pantun kutooo ni mendayu-dayu dan mendalam maksudnya. agak marah dan terperanjat kutooo tentang video ketua Mentri Pulau Pinang (Penang)...

ayoh kita pakat ramai2 terutamanya warga Johor agar bersumpah laknat kepada 7 keturunan Lim Guan Eng supaya jika menjejaki kaki ke tanah Johor akan berlaku kejadian buruk kepadanya. 

Apa lagi orang Johor jangan sokong beliau dan kuncu-kuncunya takut jika kuncu2 nya memerintah macam2 hal berlaku pada Johor.

kisah benar tentang kejadian tersebut Megat Seri Rama

Monday 26 September 2011

JoM Join Bloglist JiwarOsak.coM

Clik tuk sertai

Suatu ketika kutooo berada di dalam Bas GBS menuju ker Larkin, Johor bersama AbgFeroz

Kutooo: AbgFeroz, kutooo boringlah duk dlm Bas ni.. makcik belakang tu tidor bedengkor..eeee
AbgFeroz: emmm sama lah.. dah nasib makcik tu. tak leh buat ape2
Kutooo: Kutooo ada satu cerita
AbgFeroz: Citer apa? AbgFeroz pun ada citer gak? lps abis citer kutooo bru Abgferoz citer..
Kutooo: Citer benar? ok2.. Pada Suatu hari.....
AbgFeroz: Ehh cpt arr tgh ngantok ni... 
Kutooo: Sabarlah.. Ni citer kena ingat balik.. dah lama gak citer ni... ok.
AbgFeroz: Ok2
Kutooo: Pada suatu hari ada seorg pemuda ni dia kaki snap2 gambar... hampir setiap perjalananya dia akan mengambil gambar. pada suatu ketika sedang asyik dia mengambil gambar dia terambail gambar yang paling terbaik dalam hidupnya.. gambar yang dia ambil tu mmg gambar yang bermutu tinggi...
dengan rasa riak dan banga Pemuda tu menujuk2 gamabr yang diambil itu kepada org disekeliling nya..
"PEH GAMBAR AKU YANG TERBAIK... KO ADE? TAK DEKAN? HAHAH"

AbgFeroz: Peh sombong gila... lps tu...
Kutooo: lps tu tak ingat lah... jap yerk..
AbgFeroz: hampehh

Tiba2.. pemuda yang suka mengambail gambar itu masuk menaiki Bas sama dgn kutooo dan AbgFeroz..

Kutooo: Abgferoz2... tu pemuda yang kutooo citer td... 
AbgFeroz: mana? oh tu. gambar yang dia pigang tu gambar kutooo cakap paling lawa ke?
Kutooo: yup2..

kutooo dan AbgFeroz memerhatikan pemuda itu.. 

Pemuda: Mana aku nak duduk ni... aku tak nak berdiri dlm bus, aku nak cari tempat duduk.. 

"sambil tangan kanan memegang gambar dan tangan kiri memegang penyangkut tangan bas"

Tiba-tiba bas itu break secara tiba-tiba. ekkkkkkkkkk..... (bunyi break emergency)    
terlepas lah gambar pemuda tadi dan melayang jatuh ker bawah kerusi dan melayang jatuh ker bawah kain makcik yang sedang tidor bedengkor di belakang kutooo dan AbgFeroz..
Pemuda: Makcik, Makcik2
Makcik tu tersedar apabila tedengar orng memanggilnya

Makcik: ehhh kenapa?
Pemuda: Makcik angkat kain makcik, saya nak ambil gambar..

Pangggggg... satu tamparan telah terkena pada pemuda tu...
Satu bas kecoh memerhatikan kejadian tersebut.

Makcik: Ko ingat aku ni apa, nak ambil gambar dalam kain makcik....
Pemuda: Ehh.. angkatlah kain makcik saya nak ambil gambar terbaik aku dekat bawah kain makcik tu...?
Makcik: kurang ajar.. (pangggggg) 
 satu lagi penampar...
Pemuda: (terus membisu)

kutooo: hu3 tak sangka citer terakhir si pemuda itu berakhir disini dan kutooo dapt saksikannya sendiri sambungan citer tersebut.. ehh tadi AbgFeroz kata nk citer kan satu citer? apa dia?
AbgFeroz: AbgFeroz dah tukar Domain... alamat dia http://jiwarosak.com/ ..
kutooo: tak tanya pun..
Abgferoz: hampehh.. dah lah sambung tido... nti dah sampai Larkin kejutkan.
kutooo: ok2

dan kutooo dan AngFeroz pun membuta...

Wednesday 21 September 2011

Tutti Frutti

Semalam punya citer..
Apa itu Tutti Frutti? kutooo bamboo baru jer jumpa benda ni dkt video lagi "Cinta Muka Buku" nyanyian oleh Najwa. apa yang special sangat Tutti Frutti ni? dari mana asal? dan apa menu2 dia? emm semua jadi tanda tanya.. sedap ker? yang penting Halal ker tak?


Teringin nak try pun ader tapi dekat mana?

Hari ini punya citer...
Nak pergi keja dekat area UDA lalulah dekat Angsana.. tiba2 teperasan baner Tutti Frutti akan dibuka.. emmm pikir2 kan balik macam pernah nampak benda ni.. owwww.. semalam ada tgk video clip Cinta Muka Buku ada wat shoot dkt Tuttu Fruitti.. baca alamat dia. 30, Jalan padi Emas 2, BBU... emmm mmg tiap2 hari g keja lalu jalan ni... pandag kanan, pandang kiri.. opssss he3 terjumpa daa... (dalam hati.. tgk lah lps gaji aku serbu sana..hu2)

Apa yang menu paling sedap?.. tak payahlah kutooo tersipul2 pilih... he3. buat macam sebelum ni pernah beli, padahal tak pernah pun.

Tuesday 20 September 2011

Setuju atau Tidak Bendera Malaysia di tukar?

Sumber Google
Baru-baru ini negara digemparkan dengan isu pembangkang mahu menukar bendera Malaysia. Kenapa sampai hendak di tukar? Apa salah bendera ini? klu nak berpolitik agak2 ar... Cubalah fikir brp kos yg akan di tanggung apabila bendera ni ditukar... confirm bangunan2, rakyat, sekolah2, agensi2 kerajaan dan NGO pun terlibat sama... dah nk kena tukar bendera... dan efek di mata dunia tentang Malaysia. 


Ada pulak tu orang Malaysia sendiri pergi ke luar negara mengutuk Malaysia sedangkan dia bercita2 nak memerintah negara? emm pelik kan? kutuk Malaysia. lps tu rebut2 nak ambil Putrajaya... kan sebelum ni dia dah burukan nama Malaysia... confirmlah mereka yg pernah dengar citer2 tu tak nak melabur mahupun mnjejaki negara Malaysia ini.. kan dah rugi...


Ini Buktinya. Betul lah Pembngkang nak tukar. mereka yang kata sendiri
click untuk lebih besar
Rilex arr bendera ni tak salah, jangan hanya kerana Kerajaan sekarang segala2 nya nak ditukar.. Sejarah negara pun nk tukar? Status Negara Islam pun nak tukar, depa cakap Malaysia ni Negara Islam ke? Walau tak perfeck Malaysia sebagai Negara Islam sekurang2 nya kita bebas melakukan aktiviti agama Islam itu sendiri dan diperintah oleh orng Islam tanpa belakang nya ada ornag bukan Islam. cuba korang fikir sebahagian negara2 Islam lain adakah mereka seperti kita? cuma kita tak ada sistem hukuman Hudud jer.. opsss dah melalut jauh pulak...

tengok gambar dibawah ini...



Sumber Google


Inilah orang Malaysia yang bakar Bendera Malaysia... hanya kerana pahaman berpolitik sahaja... bendera pulak jadi mangsa.. ini belum lagi mereka memerintah negara kelak... macam2 mahu digubal dan diubah... mereka tak sedarker? perkarai in dah berlaku pada bangsa kita terutamanya umat Islam di negara jiran selatan kita? diracuni fikiran dengan halus sekali.. ni macam sekaranglah dekat Malaysia. depa tak tau fikiran mereka diperangai hanya disebalik ideology politik semata2. Fikir2 kan lah mana yang betul dan yang salah.. kelak negara tergadai dgn isu2 yang remeh tapi memberi kesan mendalam pada negara.

p/s: ni kalu nak share dibenarkan tapi jangan lupa letak link kutooo, salah dari segi undang2 copy paste hak orang tanpa letak sumber.. 

Saturday 17 September 2011

500 Macam 500 Tahun

Amin... dngan izin nya pengikut kutooo dah bertambah... mungkin agak slow kerana disebabkan musim raya yg belum abis lagi.. dan keje kat opis yg banyak.. tak sempat nk blog walking.. balik umah pun dah penat..



mmg tahnia di ucapka kepada "INOVASIPINTAR" kerana berjaya ikut kutooo yg ker 500 follwer.
bila dibuka jer blog dia kebanyakan mengutarakan ttng bab UJIAN SPM dan PMR, arap adik yg seankatan dgn tu leh lah bc soalan yg di postkan tu... rasa ni Cikgu lah... tp apa pun kutooo follw sana dan dapati follw nya juga hampir 500 follower.. so kutooo follwr yg ke 495.. emmm tak dptlh masuk entry yg ker 500.. tp apa pun nanti msuk kan lah yer... hu3

Juga kutooo berterima kasih pada yang lain:
amieza eizattie: ni mana link dia tak jumpa? sorry
Qirafni mana link dia tak jumpa? sorry
hidung palsu itu akuni mana link dia tak jumpa? sorry
sHaTni mana link dia tak jumpa? sorry

Thursday 15 September 2011

Dapat Earnings Lagi dari Churp-Churp

Alhamdullillah, walaupun tak banyak tp minggu ni betul2 masuk duit churp
sebelum ni churp-churp bagi Churp-Churp bagi RM6.60 earning!!! sekali gus...

Dalam seminggu duit masuk lagi..... tulah jangn nak mengata atau mengutuk org yg suka berblogger ni..
ni semua DUIT!!!!!
PAHAM!!!!!!!
Click for Zoomm..
 Klu korang nak tau cara beginilah duit churp-churp kutooo masuk <<DISINI>>

Tuesday 13 September 2011

Korang Dapat Mesej ini tak?

Seperti biasa pagi2 cek nuffnang ada penambahan ker tak?
emm penambahan tu tak der tapi ada probelm lah.. 
dpt mesj...


"Oops! There was an error with the database query. Please retry what you were doing, and if this persists, contact our Helpdesk."

apabila telah di translate ke Malay
''Oops! Terdapat ralat dengan permintaan pangkalan data. Sila cuba semula apa yang anda lakukan, dan jika ini berterusan, hubungi Helpdesk kami.''


yg kutooo kurang paham dengan maksud ini ''There was an error with the database query'' tu ayat kita yg salah database atau dr pihak nuffnang..

Nampak ker tak, klu tak nampak besar kan click tu BESAR.


dah hantar mesej dkt nuffnag ttg hal ni.. kita tggu lah apa keputusan nya...

Monday 12 September 2011

Musnah Harapan kutooo

Entry mmg gempak tp tak adalah gempak sangat... cuma rasa terkilan jer.. 
citer nya begini semasa kutooo di Batu Pahat tuk  <<DISINI>> dapat panggilan dari member di Sarawak....

mengatakan pesanan yg dikirimkan telah selamat dihantar. time tu hari Khamis, tp kutooo cakap Isnin depan br masuk opis sbb ada perbarisan... So Isnin lah yer baru ambil parcel tu....

Tiba hari Isnin kutooo pun rasa happylah nk keje sbb parcel dikirim tu dah ada dekat atas meja kutoo...
  

tapi...........................bila kutooo lihat parcel tu dah berlubang. Yg koyak tu kutooo yg buat tp yg berlobang di bawah tu bukan kutooo yg buat, mmg hampa dan terkilan... (sweet betul kutooo ni, leh pulak dia feeling)

BACA SETERUSNYA

Benda ni lah yg buat kutooo terkilan parcel tu mengandungi Kek Lapis Sarawak... ni kek bukan kutooo beli tp mmbr di Sarawak yg kasik.

Kutooo dah agak dah mmg keje cik T. sebab tmpt kerja kutooo sedang di renovate <<DISINI>>. tp tak per bukan salah sesiapa pun... dlm tu ada 3 kek lapis. Selamat cik T tu hanya makan satu jer... mby dia ingat leh simpan esok. TAK ADA MAKNAYER... AKU DAH BAWAK BALIK UMAH DAHHH... (sound Cik T dlm hati)....

  Ni dia kek lapis tu, selamat ada lagi dua. tak nk kutooo makan lagi satu itu sebab mana tau terkena jangkitan kencing tikus.. leh bawa maut!!! tak dpt lah korg bc entry kutooo lagi yerk..


Balas dendam: Tunguu ko TIKUS suatu hari aku bawa perangkap tikus tuk hapus kan KO!!!!! tggu episod seterusnya matlamat kutooo tuk hapuskan tikus yg makan kek kutooo... esok juga kutooo bawa perangkap tu... 


jgn lupa nnti follw citer kejayaan kutooo tangkap cik T..

Sunday 11 September 2011

Keindahan Batu Pahat, Johor.

Assalamualaikum...

Kenapa yerk tiba2 kutooo menceritakan Batu Pahat, Johor? ini kerana pada tahun ini Batu Pahat (B.P) telah dipilih sebagai tuan rumah peringkat Negeri Johor untuk Sambutan Hari Ke-Merdekaan ke-54, tahun 2011. Sebagai wakil satff tuk buat pebarisan. Selama 3hari kutooo berkampung disini (lama gak yerk). ni adalah kerana untuk persiapan supaya berjalan dengan lancar.

Dikesempatan ni juga kutooo tak meleps kan peluang ini untuk mengenali Batu Pahat itu sendiri bersama2 rakan yg lain. Nasib baiklh salah sorg dari mmbr kutooo ni org BP. dialh yg membawa kutooo n geng merayap seleps sesi rehearsal. mmber kutooo ckap dkt BP ni tak banyak tmpt menarik tetapi makanan yg sedap banyak. ape lagi kutooo cadangkan tuk kita pergi ketmpt2 mkanan yg paling popular tu, sepanjang berada di BP.

Ok citer pasal BP balik. Tahu tak asal usul  Batu Pahat?  <<sejarah batu pahat>> click link jerlah mls nak tulis.. takut salah fakta.. disini juga banyak shopping mall bary dibuka, IPTA, IPT, Kilang Besar (Sharp

balik dari rehearsal trus kutooo g tmpt batu itu di pahat (telaga) di Pantai Minyak Beku..

ohhh begini rupanya telaga yg dipahat tu...



atas ni bukan gambar kutooo tp mmbr yg join dlm perbarisan dia ada blog juga,  AKBA n  muka mmbr lagi satu ada di blog ini MIALIANA  sempena Kemerdekaan

Lupa pulak nak tulis, Batu pahat juga sekarang semakin membangun dan banyak juga IPTA dan IPT disini. harap2 dpat lah status bandaraya.emmm kutooo pu pelik apa yer sumber utama Batu Pahat sehingga mereka maju dengan secepat ini?

dan hari seterusnya kutooo berpelung makan makanan yg popular pelik2 diantaranya
Bubur ayam
Kerang Goreng Di Senggarang
Sup tahu + Nasik Lemak bdepan dgn Wet Word BP
dan makanan yag tak sempat pergi disebab kan masa yg pendek.
Asam pedas
Nasik beriani Gam BP
Mee racun
Di bawah ini gambar semasa Perbarisan Hari Merdeka di Batu Pahat.


Abg2 Polis 

Sempat lg ambil pic cik Jururawat
ini antara maskot paling popular setiap kali mereka berjalan ada saja org mahu mengambil gambar. samada kanak-kanak mahupun yg dewasa. Tp dipahamkan maskot Nanas ni hanya hendak menujuk cik jururawat, mana tak nya semua cun2. hu3 (kesempatan lah tu)
Maskot nanas da harimau
cuba korag teka Nanas tu jantan ke betina? macam mana nak tau yer? hu3 klu harimau dah comfirm Harimau jantan. betina lain skit bentuk nya.
Rinau ni mesti geram, rasa macam nak makn2 jer nanas tu
comel tak. hu3. Boleh tahan ker perot Harimau itu, jaga-jaga Nanas Harimau tu bukan nya baik sangat, nanti dia lapar ko lah dia makan dulu. hu3.
Gambar di belakang si Harimau