Pages

Wednesday 11 April 2012

Terkini Info Gemba Bumi 8.7 Sekala Richter Melanda Indonesia

Dunia digemparkan gempa bumi di Sumatera Indonesia bersekala 8.7 paling kuat tahun ini.. ia di anggarkan akan melanda Malaysia sekitar jam 9.00mlm hingga 2.00 pagi waktu tempatan..





Sumber Mstar Online
BANDA ACEH: Amaran tsunami yang dikeluarkan di sekitar Lautan Hindi ditarik balik beberapa jam selepas dua gempa bumi kuat menggegar perairan barat Indonesia.
Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan cemas petang Rabu.
Penduduk di kawasan persisiran pantai menyelamatkan diri ke tempat lebih tinggi dengan menaiki kereta dan menunggang motosikal.
Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menarik balik pemantauan tsunami bagi kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama.
Bagaimanapun amaran tsunami masih dikekalkan di Indonesia, India, Maldives, Sri Lanka dan Kepulauan Diego Garcia.
Kemusnahan besar atau ombak tsunami tidak dilaporkan setakat ini.
Update

PETALING JAYA: Gempa bumi berukuran 8.7 magnitud menggegar Aceh, Sumatera Utara Indonesia pada petang Rabu.
Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia.
Gegaran tersebut turut dirasai di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor pada pukul 4.50 petang.
Beberapa komen yang dipaparkan menerusi Twitter, berkata gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan India.
Pada 26 Disember 2004, gempa bumi kuat pada magnitud 9.1 yang disusuli tsunami memusnahkan sebahagian besar Aceh.

2 comments:

zareliqa afiqa said...

Jgn lar tsunami lagi~ kesian ==

Unknown said...

terasa gegaran masa ni.. panik kejap..