Pages

Tuesday 18 September 2012

Drama 'Bila Dihantui Noda' di Saluran TV Suria Singapore TERBAIK, JOM TONTON




Assalammualaikum.. terlebih dahulu kutooo nak mengucapkan terima kasih kepada Saluran TV Suria Mediacorp Singapura kerana telah menyediakan Drama 'Bila Dihantui Noda" pada 31 Ogos 2012 lalu, yang cukup terbaik jalan ceritanya serta berkualiti, padat dan penuh keinsafan kepada penonton. 

kutooo adalah peminat setia Tv Suria dari Malaysia iaitu Johor. dan bersyukur kerana saluran Suria begitu jelas disini.

Jarang-jarang sekali kutooo lihat drama sebegini yang penuh dengan pengajaran dan jalan ceritanya begitu ringkas tetapi padat dengan isi-isi tersirat dan tersuratnya.

Bagi kutooo untuk melihat drama-drama sebegini, kutooo akan lihat pelakon-pelakon kegemaran kutooo pendek kata pelakon yang kutooo kenal sahaja. tp disebalik drama 'Bila Dihantui Noda" kutooo begitu tertarik dengan cara penyampai kesemua pelakon-pelakon yang penuh menjiwai watak-watak yang dipegang. Pendek kata watak yang dipegang itu hidup. Walaupun pelakon-pelakon tersebuat tidak kutooo kenali.

terima kasih TV Suria kerana menyajikan drama sebegini.kutooo juga berharap agar Saluran-saluran television di Malaysia membeli drama tersebut untuk tontonan disni...

HERE! UNTUK MENONTON DRAMA 'BILA DI HANTUI NODA'

No comments: