Google+ Followers

Tgk jer Join Lah Yerk

Isnin, 27 Februari 2012

Filem SeeFood Bakal Ditayangkan 8 Mac 2012

Studio animasi tersohor Malaysia, Silver Ant Sdn Bhd telah membuat kenyataan hari ini bahawa mereka telah memilih Grand Brilliance sebagai pihak promosi dan pengedaran filem animasi adventur pertama mereka, SeeFood.
Dalam majlis menandatangani perjanjian tengahari tadi, Ahmad Izham Omar selaku Pengurus Eksekutif Primeworks Studios menyatakan perasaan berbesar hati pihak Grand Brilliance dalam menerima tanggungjawab mempromosi dan mengedarkan filem SeeFood ke seluruh Malaysia. SeeFood, dengan kelasnya yang tersendiri dari segi penceritaan dan kualitinya juga merupakan filem animasi berbahasa Inggeris pertama di Malaysia.
Filem SeeFood berlatar-belakangkan eko-sistem sekitar kita dimana karakter utamanya, Pup dan Julius akan membawa penonton menyertai mereka ke alam pengambaraan penuh misteri yang tidak berpenghujung, ditemani watak lain yang penuh warna.
Apabila berdozen telur dari terumbu Pup dicuri oleh pemburu haram, Pup nekad untuk menyelamatkan abang-abang dan kakak-kakaknya, tanpa mengambil kira akan bahaya misi tersebut. Tekadnya untuk membetulkan keadaan membawa Pup ke dunia daratan, atau dunia Man, dengan kawasan yang indah tetapi penuh dengan bahaya – destinasi yang tak pernah terlintas di benak seekor jerung.
Khuatir akan keselamatan Pup, Julius, seekor jerung berinsang putih muncul dengan misinya yang tersendiri untuk menyelamatkan kawan karibnya. Dengan sut istimewa mereka, keupayaan jerung untuk mengembara di daratan dalam animasi aksi penuh ketawa ini pasti akan mempesonakan anda!
Mr Goh Aun Hee, pengasas dan penerbit animasi bagi Silver Ant menyatakan yang pemilihan Grand Brilliance sebagai pengedar tunggal filem SeeFood merupakan keputusan mudah, berdasarkan kepada pengaruh dan rekodnya yang utuh dalam kejayaan pengedarannya di pasaran Malaysia.
Perjalanan filem SeeFood ke tanah asalnya, Malaysia adalah setanding pengembaraan perjalanan Pup. Selepas tayangan perdananya di Cannes Marche du Film pada bulan May 2011 yang lalu, SeeFood telah ditayangkan di lebih 90 negara sekeliling Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Asia. Pada March 8, 2012, SeeFood akan menemui penonton tempatan di 80 buah panggung.
Kejayaan filem animasi penuh Malaysia di tahap antarabangsa akan membantu kejayaan kedua pihak Silver Ant dan juga industri animasi tempatan. Ia sesungguhnya telah meletakkan Malaysia di industri animasi bertaraf antarabangsa, dengan Silver Ant sebagai penanda aras buat industri animasi Malaysia.
Untuk info lanjut berkenaan filem SeeFood, layari www.seefood-themovie.com
Mengenai Primeworks Studios Sdn Bhd
Primeworks Studios menghasilkan program TV sejak tahun 1984 dan filem sejak tahun 1994. Ia menerbitkan lebih 5,000 jam kandungan TV setahun. Primeworks Studios Sdn Bhd adalah penyumbang terbesar kandungan kepada empat saluran televisyen komersil dalam kumpulan Media Prima, iaitu TV3, NTV7, 8TV dan TV9. Antara kandungan yang dihasilkan adalah program hiburan, majalah, dokumentari, drama dan sukan. Rancangan yang popular merangkumi Anugerah Juara Lagu, Majalah 3, Nona, Explorace, Jalan Jalan Cari Makan, One In A Million, Mentor, Wanita Hari Ini, Melodi, Jejak Rasul dan 999.
Primeworks Studios menerusi unit Filem dan Drama iaitu Grand Brilliance juga mengeluarkan kira-kira 10 filem setahun termasuk kerjasama dengan penerbit dan pengarah lain di Malaysia dan 200 jam drama serta telemovie setahun. Antara drama terbitan Grand Brilliance yang pernah memenangi anugerah ialah Miftahul Jamilah, Khilaf dan Sebening Azan Yang Dialun. Filem-filem seperti Cinta, Mukhsin dan Talentime turut memenangi anugerah di peringkat antarabangsa dan turut diterima oleh masyarakat penonton filem di merata dunia.
Mengenai Silver Ant Sdn Bhd
Silver Ant ditubuhkan pada tahun 1999 dengan pemahaman dan pengiktirafan bahawa SEMUA yang terjun ke bidang animasi adalah mereka yang dilahirkan dengan minat yang mendalam untuk ‘menggerakkan’ minat dan impian mereka dengan imaginasi dan emosi. Dalam misi ‘menggerakkan’ kreativiti di kalangan ‘kita’, lahirlah Silver Ant. Kejayaan dari segi kreativiti Silver Ant datang dari maklum balas dan sokongan padu dari klien dan dari segala projek yang pernah dijayakan. Ia telah berkembang dari hanya menerbitkan iklan TV,permainan video, filem pendek, treler filem, ke filem animasi penuh. Animasi merupakan satu bentuk seni yang sentiasa dahagakan kemajuan dari segala segi.

Selasa, 21 Februari 2012

DUIT NUFFNANG KUTOOO TIBA-TIBA HILANG SELAMANYA...


Waduhh apanak buat ni.. duit yang selama ini kutooo kumpul di Nuffnang tiba-tiba hilang dengan satu click.. kutooo tak bersalah dalam hal ni kutooo nak sangat duit tu yang selama ini dikumpul...

kutooo click dekat tebus wang anda.. tiba-tiba duit yang tak berapa banyak tu hilang menjadi RM0.00,

kemana kah duit tu... hahahah.. sebenarnya kutooo dah tebus duit tu tuk di cash out... Nuffnang antar dekat e-mail kutooo


tunggulah yer yang takseberapan ini.. yang untuk buat pertamakalinya.. harap2 korang yang belum jejak RM50.00 kenalah banyak-banyak bersabar...

Isnin, 20 Februari 2012

Orang Bujang tak pikir pasal Pampers baby?

Kutooobamboo selalu terdengar org yang sudah berkawin terutama nya yang sudah ada anak sering kali mengadu tentang kehabisan lampin pakai buang si anaknya... 

Kita-kita yang bujang ni memang tak terpikir lah benda-benda tu.. bukan nya ada anak lagi... hahaha

Buat masa ni tak payah lah nk pikir... pikir kumpul harta dulu baru kawin.. tp kalau yang dah termampu tu sila teruskan..

Nanti korg kalau dah ada anak korang nak suh anak korang pakai pempers murah ker mahal... kalau kutooobamboo masa baby jer kita kasi pempers mahal dah umur dua tiga tahun kasik yang murah2 jer..

tp kalu nak yang lebih ekonomi leh pakai Huggies tontot baby pun tak sakit.. hu3
Huggies

KWSP or EPF Dividend 2012

Tahun ni memamg baik lah EPF naik yang tertinggi dalam masa 10tahun

Ahad, 12 Februari 2012

VCD Cetak rompak/lucah vs Tinted kereta?

Pasti korang heran yerk kenapa entry kali ini pelik bunyi nya... apa kaitan Tinted kereta vs VCD cetak rompak? sebenar nya memang tiada kaitan pun tetapi ada aspek2 yang berkaitan dengan dua diatas adalah sama cth nya... 


VCD cetak rompak/Lucah

 - Di bawah Akta Hak Cipta (sedia ada), menjual salah tetapi membeli sekeping DVD atau VCD cetak rompak tidak salah, sepatutnya kalau jual salah, beli pun salah juga," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kesedaran Kepenggunaan di sini, hari ini.



tp tidak bagi Tinted kereta

- menjual tak salah tetapi yang membeli nya menjadi kesalahan... so untung lah penjual tinted2 di Malaysia yerk sebb tak pernah dengar penjual2 tinted ni ditangkap.. sebab diorg lah kita membeli (pelik kan).

memang pelik kan? yang pembeli dah lah asyik kena saman... lps tu kena tanggal kan dengan PUSPACOM.. dan lepas tu mereka beli lagi... dan seterus nya sehingga berulang-ulang kali....

tak salh nak beli tinted kereta ni dan salah beli VCD cetak rompak/Lucah... sebb negara kita kan panas memanjang so sepatut nya si pembeli ni mesti paham peraturan2 ynag telah disediakn olehh JPJ...

Orang yang dibenarkan memakai Cermin Gelap Mengikut Kaedah – KaedahKaedah 11(a) dan 11(b) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991 memperuntukkan bahawa kenderaan milik Kerajaan yang digunakan oleh orang-orang berikut dibenarkan menggunakan cermin gelap iaitu:
  1. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong.
  2. Duli Yang Maha Mulia Raja sesuatu Negeri.
  3. Pemangku Raja sesuatu Negeri .
  4. Pembesar Memerintah Negeri bagi Negeri Sembilan.
  5. Bakal Raja sesuatu Negeri .
  6. Bekas Raja sesuatu Negeri .
  7. Tuan yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri.
  8. Hakim Mahkamah Agung atau Mahkamah Tinggi.
  9. Pegawai polis atau pegawai tentera sebagaimana yang dinyatakan masing-ma
    singnya oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera.
lps ni pihak yang berpatut pegilah serbu kedai2 yang menjual tinted larangan ni... ni tak asyikk nak salahkan penggun jer... buat lah macam mana hukuman kepada VCD cetak rompak/Lucah ni... kaji semula..

Sabtu, 11 Februari 2012

Bola Sepak Klasik TV1 siarkan iklan Rokok!!!


Baru-baru ini.. tak baru gak lah dah lama gak kutooobamboo perasan benda ni... iklan rokok di TV1 secara tak sengajakan atau sebaliknya melalui siarannya yang terbaru "Bolasepak Klasik"  dan kutoobamboo tak pasti sama ada disirakan lagi atau tidak.. anda mesti tahu siaran bola sepak pada awal 80'an dan 90'an rata-ratanya ditaja oleh syarikat-syarikat Rokok terbesar ketika itu, chtnya Dunh!!! (kasik censor sikit).


Sebenarnya TV1 sememagnya hampir dengan kerajaan... sudah pasti mereka alert dengan perkara tersebut. 

Pelbagai usaha kerajaan diambil untuk mengurangkan dan mengawal masaalah rokok di Malaysia ini, sebagai contoh, "Kerajaan Malaysia tidak membenarkan iklan dan tajaan rokok bermula pada tahun 24 September 2004. Hanya tajaan bola sepak dan perlumbaan Formula 1 dibenarkan buat sementara waktu. Tajaan bola sepak dibenarkan sehingga akhir tahun 2004. manakala perlumbaan Formula 1 pula sehingga akhir tahun 2005" sumber di google 

so mby selepas itu tak ada lagi iklan-iklan tajaan rokok tersebut di media2 elektronik tapi akhir nya tersasar jauh.....

kutooo paham ramai peminat2 bola sepak klasik ingin menonton siaran bola sepak pada era lalu... cuba korbankan sedikit untuk anak bangsa kita yang melihat iklan tajaan tersebut.. cepat-cepat mereka ni terpikir nak bli rokokkt kedai runcit.. pada mulanya terlupa asyik menonton aksi2 orng lama beraksi...

boleh nak siarkan tapi cuba keluarkan kos sikit tuk sensor tajaan iklan tu di papan2 disetiap padang bola n tak lupa juga pada baju2 pemain yang turut ditaja... cuba bayangkan.... kompem korang tutup tv tu kan?.. yelah asik sensor jer.. ha2

Sabtu, 4 Februari 2012

Nasik Ayam Penyek kenakan servis 10%?

kasik besar yerk biar terbelik mata
nak cakap panjang2 pun tak guna... hari jumaat lepas kutooo g makan dekat angsana. teringin pulak nak makan Nasik Ayam Penyek.. teringat ada beberap tempat jual ayam penyek.. tetapi tak nak pergi yng dekat atas sekali tu.. tak sedap dan macam ada bau bucuk.. (semlam punya kot) tulah kali terakhir makn dekat situ..

so ari tu teringin nak makan ngan member dekat Restorn Ayam Penyek ynag baru dibuka di Angsana juga tapi lain tingkat.. member pun ada perasan ada Restrn bru bukak... nk trylah sedap ker tak sedap.. hu3


semasa naik lif nk ketempat tu kutooo dan member2 naik tingkt 4 (kenny rogers) tuk tengok kakak budak pratikal tempat kutooo kerja.. hu3, dengar citer cun macm dak prctil tu.. sajer jer nk cuci mata. tapi tengok kt dlm liff pun dah nampak kenny rogers tu... so kutooo main naik turun liff lah.. he3 (nakal2)

lps 2 kali tengok dan tak jumpa2.. kutooo n member terus g cri ayam nasi penyek... dan tibalah disitu... dan mengambil oder... alangkah tekuzutnya.. menu disitu memeranjatkan kutooo.... dengan harganya...

kenapa menu disini begini yerk... Nasik (lain harga), lauk (lain harga), kuah (lain harga).. semua nya diasingkan harganya... so kalu korng nak makan nasik ayam penyek tu mestilah terbayang kan benda2 ni kan... tp lain disini... 

kenapa tak disatukan Nasi, lauk dan kuah dalam satu harga? kan kalau nak makan mesti ada tiga benda ni.. (ehh susah nak terangkanlah pergilh korng yng dekat2 dengan Angsana mkn dekat situ).

Terbeliakan lagi pic ni biar mata korang terbelik n terjojol keluar
waaduh masak dengan harga dia.. yang pelik nya ada service charge 10% tu... Apa keteria dia sehingga layak kena kan 10%? dah lah Teo O Ais nya RM2.00, rasa sama jer.. lainlh klu letak madu..leh caya lh dengan harga tu... sorry ni bukan KL yerk tau tempat2 5star.. ni Angsana.... 

Si member kutooo ni geram sangat dgn harga dia macam mana yerk nak buat aduan yer? hu3.. sabar lah yer.. 

P/s: Makanan dia ok lah sedap.. tapi rasa  harga boleh dikurangkan lagi.. klu macam ginu baik makan dkt Kenny Rogers leh jumpa awek cun tu.. hu3