Google+ Followers

Tgk jer Join Lah Yerk

Khamis, 27 September 2012

"JARI IBU" TERSAYANG

CERITA INI BENAR-BENAR BERLAKU,,, 

sebelum tu kita tgklah yerk pelakon-pelokn untuk lakonan kisah benar ini.. ialah:





kalau di lihat watak kutooo tu komen lah sikit ensem tak? he3 rambut berapi lagi tu org kata rambut raya... 

ha3 dah melalut PULAK back to the stories..


sinopsi 
kutooo (watak utama(hero)) ada seorang adik bernama kuman dan seorang ibu yang sangat penyanyng... tp kutooo yang sebenar ada ramai adik beradik just nak tunjuk org2 yang telibat dlm lakonn ni,  yang lain tu next time lah yer.. he3

kuman baru sahaja menamatkan SPM dan mencari-cari pekerjaan sementara tungu result keluar..

ibu kutooo pulak seorg penyanyng tapi disebba kan perkara ni berlaku ibu kutooo jadi disebalik tu.. he3

 --------------------------------------------------------------------------------------------

pada suatu hari....

kuman: ibu... boring lah duduk dkt umah ni...  dah abis SPM ni kuman nak cari kerja.. apa-apa pun boleh.. boleh tak ibu...

Ibu: emmm boleh ke ko kerja bangun pagi pun ibu kejutkan... ni nak kerja... kena bangun sendiri lah....

Kuman: abis tu duduk umah bukan buat apa... esk nak cari kerja dgn mmbr...

Ibu: ok, ok, ko kerja betol2 cari duit.. nanti gaji jgn lupa ibu.. he3

Kuman: yahooooo.....

(kuman terus menelepon mmbrnya dan berhasrat nk cari kerja esok)




keesokkn nya...

Kuman: Ibu-ibu......... kuman dapat kerja tp....

Ibu: yerk ker? tapi apa...?

Kuman: tp tmpt keja tu suruh buat account bank dengan apply KWSP tuk gaji ni....

Ibu: klu tu knp tak peprgi terus bank dan KWSP

Kuman: esok lah.. penat lah ari ni tak ada masa....malas..

Ibu: esk pegi awl2 sikit.. bank tu tak kisah ni KWSP ni kena gi sana dulu org ramai...

Kuman: ok...







(berlalurat keesokan hari nya)

kuman: mak kuman dah balik.. tapi...

Ibu: cepat nya haaa pa pulak yang tapi...

Kuman: buat akaun bank dah ok tapi KWSP tak boleh buat sebab ibu kena isi borang,, dkt borang KWSP ni....

Ibu: lah nak kena isi apanya lagi...

Kuman: borangnya dah ok tp dia nk ibu cop jari dekat sini.. dengan sain sekali..

Ibu: aduh leceh betol lah.. mana2... kan senang ibu ikut sekali tadi , dah tak payah nak pergi lagi esok.. makan masa...


TIBA-TIBA KUTOOO BALIK UMAH DI PETANG ARI NYA.. IBU KUTOOO PUN MENGADU DEKAT KUTOOO TTG HAL KUMAN TU..

CERITA PUNYA CERITA KUTOOO BELIK-BELIK BORG KWSP TU... 

NAK TAU APA YANG KUTOOO PERASAN...




kutooo: hahahahahahahahahaha....... apa lah sengal sangat kuman ni,  dia mintak CAP IBU JARI engkau BUKAN CAP JARI IBUlah..... hahahahahaha... sengal2.. lain kali baca betol2 kan esok nak kena pergi lagi g buat... hu3





Selasa, 25 September 2012

Ganjaran Shila Amzah Kemenangan Juara di Asian Wave, China

Suka giler dekat shila amzah yang comel lote ni.. he3.. dah lah lawe.. he3 dan mengaharumkan nama Malaysia lagi.. cayalah.. degar-dengar cita Shila dapat ganjaran bernilai 5juta betul ker? tp baca2 degat blog ada yang cakap 1juta.. emmm walau apa pun ganjaran nya kutooo rasa shila akan dapat lebih dari itu.

Pehh boleh bayangkan tak kalau Shila Amzah ni buat album dekat sana? untong besar jom kita kita secara purata... keuntungan shila bila buat album.. he3 kepoh2 sikit..

sekiranya albumnya dijual mengikut statistic penduduk

Harga Album Di Malaysia RM39.90/per  

Ok kita ambil 0.1%  dari setiap penduduk 
Malaysia (28juta) = 28,000
China 1.3bilion = 130,000

RM39.90 x 28,000 = RM1,117,200.00
RM39.90 x 130,000 = RM5,187,000.00


Ni baru jualan Album belum lagi konsert kayo beb.. terduduk artis kat Malaysia ni tgk pendapatan Shila..


kayo!!!kayo!!! hu shila mesti marah klu baca benda ni, sebb kutoo ni kepoh sangat.. he3 nak kira pendapatan org.. hu3

tapi apa pun Shila belanja lah kutooo satu konsert kalu ada buat yerk.. PLSSS....


campaign image
HERE FOR VIEW THIS CAR







 

Jumaat, 21 September 2012

Shila Amzah (Malaysian Singger) Menang Asian Wave 2012

yahoo Shila Amzah menang pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, China.. mmg pawor lah u.. he3 minat giler dkt suare dia.. apa2 pun jom tonton live Shila Amzah di sana dengan lagu-lagu yang dibawanya..


YOU'LL HAVE A FACEBOOK PLS LIKE ME HERE


Shila Amzah - Forever Love - 茜拉 声动亚洲 Asian Wave 20120913 Shila Amzah - Set Fire To The Rain - 茜拉 声动亚洲 Asian Wave 20120912  
Shila Amzah Juara Asian Wave 2012 Video Youtube Lagu Pertama Shila Amzah di Asian Wave 2012 Video Youtube Lagu Kedua Shila Amzah di Asian Wave 2012 Video Youtube Lagu Ketiga Shila Amzah di Asian Wave 2012
klik pic tuk tgk kereta ini

Selasa, 18 September 2012

Drama 'Bila Dihantui Noda' di Saluran TV Suria Singapore TERBAIK, JOM TONTON




Assalammualaikum.. terlebih dahulu kutooo nak mengucapkan terima kasih kepada Saluran TV Suria Mediacorp Singapura kerana telah menyediakan Drama 'Bila Dihantui Noda" pada 31 Ogos 2012 lalu, yang cukup terbaik jalan ceritanya serta berkualiti, padat dan penuh keinsafan kepada penonton. 

kutooo adalah peminat setia Tv Suria dari Malaysia iaitu Johor. dan bersyukur kerana saluran Suria begitu jelas disini.

Jarang-jarang sekali kutooo lihat drama sebegini yang penuh dengan pengajaran dan jalan ceritanya begitu ringkas tetapi padat dengan isi-isi tersirat dan tersuratnya.

Bagi kutooo untuk melihat drama-drama sebegini, kutooo akan lihat pelakon-pelakon kegemaran kutooo pendek kata pelakon yang kutooo kenal sahaja. tp disebalik drama 'Bila Dihantui Noda" kutooo begitu tertarik dengan cara penyampai kesemua pelakon-pelakon yang penuh menjiwai watak-watak yang dipegang. Pendek kata watak yang dipegang itu hidup. Walaupun pelakon-pelakon tersebuat tidak kutooo kenali.

terima kasih TV Suria kerana menyajikan drama sebegini.kutooo juga berharap agar Saluran-saluran television di Malaysia membeli drama tersebut untuk tontonan disni...

HERE! UNTUK MENONTON DRAMA 'BILA DI HANTUI NODA'

Khamis, 13 September 2012

Apa Permainan/Activities (Game) Yang ada Di Legoland Malaysia

Kepada mereka yang belum pernah pergi ke Legoland atau hendak tahu aktiviti di sana, kutooo akan terang secara detail,  *tertakluk kepada perubahan semasa.


1) Miniland - See the world in an amazing new way in MINILAND, the centrepiece of every LEGOLAND® Park.  It took three years and more than 30 million LEGO® bricks to recreate some of Asia’s best known landmarks in detailed miniature.Stroll through famous scenes from 17 Asian countries, including the Petronas Twin Towers, the Merlion Statue and the Taj Mahal.The whole of MINILAND is animated, and guests – big and small – can bring the models to life at the touch of a button.

2) The Beginning  - The colourful entrance to LEGOLAND® Malaysia is where the fun begins. The Big Shop offers the largest selection of LEGO® toys in Asia, and there are plenty of cash tills to ensure a quick entry into the park.

3) Imagination - Designed for LEGO® fans of all ages, IMAGINATION is where creativity knows no bounds. Inventors big and small can bring their imaginings to life, while young children will marvel at the life size DUPLO® Express.




4) Lego Technic - In LEGO® TECHNIC everything is action-packed.  Discover the high speed rides for the brave and the exciting LEGO® workshops for the young.


5) Lego Kingdoms - Transport yourself to the age of myth and legend in LEGO® KINGDOMS. Cross the drawbridge into the royal castle, but get ready for the Dragon to give you a wild ride.


6) Lego of Adventure - Journey into the forgotten worlds of Pharoahs and dinosaurs. But watch out! You never know what lies ahead… 

Rabu, 12 September 2012

Malindo Airways Syarikat Penerbangan Tambang Murah ke Dua Malaysia

Secara tiba-tiba  Negara mempunyai 3 penerbangan utama di Malaysia. Pertama Mas Airlines, Kedua Air Asia dan yang terkini Malindo Airways.
Siapa di sebalik Malindo Airways ni? ok ini latar belakang secara ringkas ia adalah sebuah syarikat penerbangan tambang murah ke dua Malaysia yang diusahakan oleh syarikat National Aerospace & Defense Industries Sdn. Bhd. yang barangkali tergolong dari syarikat GLC, dengan PT Lion Group yang mengusahakan Lion Air dan berpusat di Indonesia. 


Waa ini adalah satu pesaingan sihat antara ke tiga3 syarikat penerbangan Malaysia. Dari segi harga confirmlah. Malindo juga akan menggantikan Air Asia yang enggan berpindah ke KLIA? tulah lain kali jangan jual mahal sangat org suh pindah ko tak nak pindah merasa lah ko kali ni he3.. lps tu kutooo nak tengok perang harga diantara ketiga-tiga syarikat ini.. baru lah senang hendak memilih yang terbaik..

SAMSUNG S111 HERE

Malindo Airways penerbangan murah kedua Malaysia

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Malaysia akan mempunyai sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah iaitu Malindo Airways yang akan memulakan operasinya Mei tahun depan.
Malindo Airways merupakan sebuah syarikat penerbangan kerjasama antara National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd. (NADI) dari Malaysia dan P.T. Lion Grup dari Indonesia.
NADI akan menguasai sebanyak 51 peratus kepentingan dalam Malindo Airways, manakala selebihnya daripada P.T. Lion Grup.
Buat permulaan, sebanyak 12 pesawat Boeing 737 dijangka beroperasi di bawah Malindo Airways yang menghubungkan kota-kota besar Indonesia ke Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur akan digunakan sebagai pusat penerbangan ke negara-negara ASEAN dan Asia.
Pengarah Presiden P.T. Lion Grup, Rusdi Kirana berkata, Malindo Airways akan berpangkalan dan beroperasi di KLIA2, Sepang, Selangor.
Katanya, selain Kuala Lumpur, Bali di Indonesia juga akan dijadikan sebagai pusat penerbangan Malindo Airways ke Australia.
“Jadi, para penumpang dari KLIA2 boleh menggunakan Bali sebagai transit ke Australia," katanya.
Beliau berkata demikian pada taklimat media selepas menandatangani perjanjian kerjasama di antara NADI dengan P.T Lion Grup di sini hari ini.
Hadir pada majlis Presiden NADI, Tan Sri Ahmad Johan. - UTUSAN