Pages

Wednesday 28 November 2012

Apa Yang Ada Di Nusajaya Johor Bahru Johor

 
Kepesatan ekonomi Johor pesat membangun akibat dari Projek Mega Kerajaan untuk jangka masa panjang.  Iskandar Malaysia merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di bahagian selatan Johor. Koridor ini juga dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER) atau Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor. berita lanjut ----> wikipedia


Antara pembangunan Mercu Tanda yang ada di Nusajaya

PUSAT KERAJAAN JOHOR
PUSAT KERAJAAN JOHOR

LEGOLAND MALAYSIA
LEGOLAND MALAYSIA
Ticket Reg. price Online (7-Days Advance Booking)
1-Day Ticket Adult (12-59) RM 140 RM 105
1-Day Ticket Child (3-11) RM 110 RM 82.50
1-Day Ticket Senior (60+) RM 110 RM 82.50


PUTERI HARBOUR





"Puteri Harbour Family Theme Park (N1.41584 E103.65740) is a 4-level building, located strategically in Nusajaya Johor, 20 minutes drive from the Malaysia-Singapore Second Link, 25 minutes away from the Senai International Airport or 10 minutes away from LEGOLAND® Malaysia. Puteri Harbour Family Theme Park provides a series of  unique experiences and excitement through popular global children’s characters from LAT, Sanrio Hello Kitty Town and The Little Big Club®. Visitors will be entertained and play-learn via rides, activities and shows provided. It is an immersive learning and play experience for everyone."


 

SANRIO HELLO KITTY TOWN
Event Showtime:
Date: Mon - Sun
Time: 10.00am - 5.00pm
Venue: Puteri Harbour Family Theme Park, Nusajaya, Johor

Ticket Price:
Sanrio Hello Kitty Town
Normal Price: RM 65
MyKad Price: RM 50


  


The Little Big Club® - "The Little Big Club® will house lovable children’s characters, Bob the Builder®, Barney®, Angelina Ballerina®, Pingu® and Thomas & Friends® in Puteri Harbour Family Theme Park. It will be the first time in the world that the 5 popular global characters are housed in a single themed attraction, adding originality and exclusivity to the Puteri Harbour Family Theme Park."

 Ticket pricing :-
*  Sanrio Helli Kitty Town
Regular : RM65 - Adult and children.
Malaysian ID : RM50 - Adult and children

*  The Little Big Club®
Regular : RM65 - Adult and children.
Malaysian ID : RM50 - Adult and children

2 Park passes :-
Regular : RM110 - Adult and children.
Malaysian ID : RM85 - Adult and children




 "A themed restaurant which will bring the world of legendary local cartoonist, Dato’ Mohd Nor Khalid or Dato’ LAT’s famed Kampung Boy (Village Boy) character to life."



sources: http://j-travel.blogspot.com/2012/10/the-puteri-harbour-family-theme-park-at.html



Your Guide to JB City
 

Wednesday 21 November 2012

Lagenda Budak Setan 2. 'Katerina': Di pawagam 29 November!



Di Pawagam Malaysia: 29 November 2012 Penerbit: Sharad Sharan (Lagenda Budak Setan, Ombak Rindu) Pengarah: Sharad Sharan Pelakon: Farid Kamil, Maya Karin, Bront Palarae 



Sinopsis Lagenda Budak Setan 2 – Katerina

Lagenda Budak Setan 2 – Katerina merupakan sebuah sekuel dari Lagenda Budak Setan 6 bulan telah berlalu, selepas kematian Ayu. Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang, Ayu. Melalui Athirah, bayinya, segala kasih sayang dicurahkan. Katerina juga semakin pulih kekuatannya untuk berdepan semula dengan Kasyah.

Ketabahan dan ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman dibibirnya meskipun kehilangan orang tersayang, benar-benar buatkan Katerina mengaguminya. Kemesraan mulai terjalin semula antara keduanya. Mereka sering keluar bersama dimana Kate sentiasa berada disampingnya hingga membibitkan rasa cinta.

Katerina memperkenalkan Kasyah kepada kedua orang tuanya. Mereka merancang untuk bertunang namun ditentang oleh ibu Kate, Sofea. Sofea tidak puas hati kerana Kasyah adalah punca menyebabkan Kate kecewa hingga hampir membunuh diri selepas Kasyah menikahi Ayu.

Tidak mungkin dia menerima kasyah sebagai menantu setelah dia kematian isteri. Kate tetap berkeras mahukan pertunangan tersebut hinggakan kedua orang tuanya terpaksa menurut. Namun, ayahnya, Sofean, punyai muslihatnya sendiri meskipun dia menyatakan persetujuannya.

Ketika itu, Hisyam, bekas kekasih Kate yang masih menggilainya muncul kembali, mencetuskan kekecohan. Hisyam mengupah sekumpulan lelaki memukul Kasyah hingga patah kaki. Kate naik angin lalu memarahi Hisyam dan mengugut untuk melaporkan kepada polis.

Kasyah bekerja dengan rakan niaga Sofean, setelah berhenti kerja. Kate pula ke Afrika Selatan untuk urusan perniagaan. Ketika inilah Sofean memasang perangkapnya. Zahirah dibayar untuk menggoda Kasyah hinggakan dilihat oleh Firdaus, pengurus tempatnya bekerja.

Sofean dihubungi dan diceritakan segala apa yang berlaku. Sofean menyarankan Kasyah dibuang kerja dengan serta merta. Inilah rancangan terbaik Sofean memerangkap Kasyah. Kate amat terkejut sepulangnya dia dari Afrika Selatan, mendengarkan perkara tersebut.

Kasyah cuba menjelaskan keadaan sebenar namun Kate berkeras untuk memutuskan pertunangan. Kasyah yang tidak bersalah, benar-benar kecewa dan pasrah. Kasyah menyerahkan takdir untuk menjelaskan kebenaran.

Masa berlalu, Athirah pun sudah menjangkau usia 2 tahun. Kasyah masih murung, begitu juga Kate. Kedua mereka terluka hati. Antara mereka masih ada rasa sayang yang menebal. Kate mengambil keputusan mengahwini Hisyam dengan hasrat menyakiti hati Kasyah.

Kate tahu yang Kasyah amat menyintainya dan dalam masa yang sama ingin membalas dendam ke atas Hisyam. Meskipun Kate mengahwini Hisyam, beliau enggan membiarkan tubuhnya disentuh Hisyam.

Mereka tidur berasingan. Kate ingin mendera Hisyam zahir dan batin. Kate tidak akan biarkan suami ‘gay’nya menyentuh tubuhnya. Sementara Kasyah, membesarkan anaknya dengan bantuan abangnya, Iskandar. Beliaulah satu-satunya abang yang dia ada.

Iskandar yang telah bercerai terpaksa kembali semula ke rumah peninggalan keluarga yang diduduki Kasyah. Malangnya, selain bercerai, Iskandar juga tidak punyai pekerjaan tetap. Kasyah berusaha membantu abangnya itu sedaya mungkin, setidak-tidaknya berada disisnya.

Suatu hari, abangnya itu meninggal dunia kerana kemalangan. Anak kesayangannya, Athirah juga turut meninggal dunia tidak lama selepas itu kerana jangkitan kuku dan mulut. Kasyah kini tinggal sendirian, kesepian.
Dia kehilangan segala yang disayanginya. Semua orang telah meninggalkannya. Kate pula nekad untuk meninggalkan Hisyam. Dia ingin bercerai. Inilah sebenarnya yang dimahukan. Dia ingin menyeksa Hisyam. Harapannya semoga Hisyam menderita sampai mati.

Ketika Kate minta Hisyam pergi setelah memfailkan tuntutan cerai, Hisyam merasakan dirinya bagai ditusuk sembilu tajam. Bagaikan terhiris jantungnya. Hisyam sangat kecewa dan serasa ingin membunuh diri. Hidup bagaikan tak bererti lagi baginya.

Sofean terkejut mendengar keputusan Kate. Kate menyatakan kejadian sebenar tentang Hisyam dan sebab-sebab dia mengahwini Hisyam. Kini, barulah dia mengerti bahawa Kate selama ini tak bahagia. Beliau menyalahkan dirinya kerana menjadi punca memisahkan Kate dengan Kasyah.
Sofean benar-benar menyesal. Kasyah perlu dicari dan menyatakan kebenaran. Kate terserempak dengan Zahirah lalu bertanyakan perkara sebenar terjadi antara keduanya. Kate yang mendapat tahu muslihat sebenar, mengadap ayahnya Sofean.

Sofean terpaku, tidak menyangka muslihatnya terbongkar. Masa berlalu, Kasyah masih tetap menyayangi kate. Dia juga mengerti yang mereka berdua hanyalah mangsa keadaan. Suatu pagi, tanpa diduga Kasyah menghubungi Kate semula. Inilah permulaan indah untuk kisah cinta mereka yang tidak akan menemui titik noktahnya.

Monday 12 November 2012

Superbike 1 Malaysia 1MBW


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berharap golongan penunggang motosikal berkuasa tinggi di negara ini akan bertambah kerana Malaysia berpotensi menjadi hub penunggang motosikal jenis itu di rantau ini.  "Saya menganggap ini sebagai titik permulaan kepada masa depan di mana kegiatan menunggang ini akan memuncak dan akan bercambah kepada bilangan yang jauh lebih besar lagi," katanya.






Dikatakan juga Malaysia bakal menjual dengan harga yang murah berbanding sekarang.. Alhamdullillah syukur lps ni kutooo mampu memiliki motobike ini. geram rasa nya lihat orang lain bawak sesekali nak merasa jugak.. he3 bru lah kekacakan kutooo menyerlah..